Pages


Saturday, October 16, 2010

Kebahagiaan Hidup..

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menjadi tarikan, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Pernahkah kita terfikir atau tidak apa yang telah kita buat sepanjang hidup kita untuk menjadi yang terbaik?? Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Dengan hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada sesiapa yang menangis, sesiapa yang terluka, sesiapa yang telah mencari dan sesiapa yang boleh menghargai kepentingan sesama manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang lain tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kita yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...InsyaAllah..amin..

No comments:

Post a Comment