Pages


Saturday, April 23, 2011

Kehidupan..

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik, tapi hanya dengan membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka akan menjadi ayng terbaik.. Kebahagiaan terletak kepada sesiapa yang menangis, sesiapa yang terluka, sesiapa yang telah mencari dan sesiapa yang boleh menghargai kepentingan sesama manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang lain tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kita yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis....

Tuesday, April 19, 2011

7 'C' ISTERI YANG TIDAK DISUKAI SUAMI (dari Dr Fadillah Kamsah)

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...


C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...


C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk
suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...


C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...


C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Renungkanlah...

Wednesday, April 6, 2011

Jika.....


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka

pasangan bakal bubar jika bangkrup .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,

pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka

kerepot atau badan jadi gendut.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka

pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan

tidak dapat memberi anak.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEks, maka

pasangan rajin bertengkar jika... servis di kamar tidur

tidak memuaskan.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,

pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati

manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada

hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang

dicintai pasti MATI / PERGI.


Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada

ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA

melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada

alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah

tangga kecuali jika pasangan itu mendurhakai ALLAH SWT.