Pages


Sunday, May 29, 2011

.....

‎"apabila kt tlh berjumpa dgn ssorg yg kte syg, jgn lah kte mencari lg yg lbh bek dr itu.Kte patut hargai org yg berada d dpn kte sebaik2nya, Jgn kte menoleh ke blkg lg krn pe yg berlaku tetap berlaku.Semoga yg berlalu x berulang lg. Dan ingatlah org yg plg kte syg itulah yg plg cantik dan plg baik. Walaupun nk diikutkan byk lagi yg cantik dan baik, tetapi dialah yg sentiasa akan jd yg terbaik dalam hidup kita.."

"Mengenali seseorg itu kadangkala membuat kita ketawa..mengenali seseorg juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata..sesungguhnya mengenali seseorg itu mampu memberi kita sejuta rasa..marah..sedih..merana.gembira.sayang & rindu.Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah..Biarpun hadirnya hnya seketika & sementara..bersyukurlah dgn kehadirannya kerna dgnnya kita mengenal Arti kasih sayang."

~KEIKHLASAN~

Allah tidak memandang amalan yang banyak, tetapi amalan yang ikhlas..sedangkn ikhlas itu rahsia ALLAH...

"Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya."

Yup..Ikhlas tu bukan mudah. Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan demi mengharap wajahNya." (HR. Nasa'i, dari Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu'anhu, sanadnya hasan, dihasankan oleh al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya')

sama2 kita renungkan dari kisah tentang keikhlasan di bawah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Suatu hari,seorang pemuda bertanya kepada gurunya,"Wahai guruku,tolong ajarkan aku tentang ilmu ikhlas."

"Telah ku sediakan segalanya.Kalam(pen) dan kertas!" katanya lagi.

"Tak perlu semua itu.Ayuh ikut aku.Akan ku ajarkan kepadamu ilmu ikhlas.Ambil guni ini,dan bawanya bersamamu."Kata gurunya.

Si anak muda gembira.
Dia lantas berjalan mengikut gurunya tanpa banyak soal.

Sampai di satu perhentian,si guru menyuruh anak muridnya mengutip ketulan batuan yang ada di situ.

Si pemuda mengikut saja tanpa membantah.

Usai tugasan yang pertama,mereka meneruskan perjalanan.Perjalanan yang agak jauh...


Sampai di destinasi yang kedua,guru menyuruh si pemuda mengutip lagi batu-batu yang terdapat di situ.Memang banyak batuan di situ.Tidak sukar melaksanakan tugasan tersebut.

Si pemuda akur.
Mengutip batuan lagi.

Seterusnya,mereka berjalan lagi.

Kelihatannya seperti tiada arah tujuan.

Anak murid kian mengah.
Berjalan di tanah gersang itu menguji kesabarannya.

Satu ketika,dia bertanya,"Wahai guru,ke manakah kita akan pergi selepas ini?"

"Ikut saja aku."kata si guru.

Mereka meneruskan perjalanan lagi.
Si guru di hadapan.
Anak murid terkebelakang.
Mengangkat guni yang berisi muatan batuan yang berat bukanlah suatu perkara yang mudah!

"Ahh!"Rungut hati si anak murid.

Guni telahpun menjadi penuh.


Akhirnya mereka melintasi sebuah pasar borong.
Ramai sungguh orang di situ.

Si guru lantas mengajak anak murid masuk ke pasar.

"Mengapa kita harus ke sini?" soal anak murid.

"Kau akan tahu nanti."Jawab si guru dengan bersahaja.

Mereka terus berjalan...

Kelihatan orang ramai di situ memuji-muji si anak murid yang mengangkut guni.

"Wah.Lihat itu...banyaknya barang yang mereka borong!Pasti mereka ini orang kaya."kata orang-orang di pasar.

"Wah,kayanya mereka..."kata mereka yang lain.

Pemuda tersebut tidak mengendahkan kata-kata mereka.
Yang pasti,dia bukan mengangkut barang-barang yang dibeli di pasar!

Setelah puas pusing-pusing di sekeliling kawasan pasar,si guru mengajak anak muridnya pulang.

Anak murid menjadi pelik.

"Wahai guru,apa yang harus ku lakukan dengan batuan ini?"tanyanya.

"Kau telahpun belajar tentang ikhlas sekarang."Jawab si guru ringkas.

"Batu-batu yang berada di dalam guni itu ibarat amalan yang tidak ikhlas.Digendong terasa berat.Pujian melangit tinggi dari orang sekeliling.Namun tiada nilai di sisi Allah.Hanya berat yang ditanggung.Sia-sia dan tiada gunanya.Adakah kau nampak itu?"

Anak murid terdiam.
Dalam hatinya,dia mengakui...

"Ya.Aku telahpun belajar tentang ikhlas.Namun,cukup ikhlaskah aku?"

Sama2 kita renungkan..semoga kita dapat menghayati & mengambil ikhtibar dari kisah ini..insyaAllah...

Saturday, May 21, 2011

‘Persediaan Sebelum Kahwin’

Maskahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai maskahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;

“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)

Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad perkahwinan jika ia maharmusamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang bermaksud:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)

Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan,suami wajib membayar maskahwin separuh kepada isterinya. Manakala perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semua maskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.

Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin,asalkan berfaedah dan bernilai,antara syarat benda yang dijadikan maskahwin ialah:

1. Mestilah dari benda yang suci atau benda yang dapat disucikan. Di mana tidak sah maskahwin daripada benda suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis.
2. Ada faedah atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran.
3. Ia adalah milik suami.
4. Mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja.
5. Diketahui sifat dan jumlahnya.

Meminang

Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untukmengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.

Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akadperkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:

1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwindengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-
Baqarah 2:235)

Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”

Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)

Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.

Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janjiperkahwinan secara rasmi dan sopan.Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untukdikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.

Memilih Bakal Suami

Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Beragama
2. Berakhlak mulia
3. Beradab
4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.

Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami

Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untukberkahwin.Antara tujuannya ialah:

1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.

Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.

Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.

Memilih Bakal Isteri

Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya.

Namun begitu,konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan,iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.

Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’,bukan tindakan nafsu dan perasaan.

Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam maksud hadis di atas,Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.

Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:

“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)


Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam).Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21)

Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.

Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)

Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)

Saturday, May 14, 2011

Berserah & Pasrah

“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.

Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita.

Pada kita, perkataan BERSERAH & PASRAH hampir mempunyai makna yang sama tetapi pada dasarnya ia mempunyai makna yang sangat jauh berbeza. Sikap berserah diri adalah sebuah sikap yang menyerahkan segalanya kepada Tuhan Maha Pencipta setelah seseorang itu melakukan perjuangan atau berusaha kerana dia sedar bahawa sebagai hamba, kita xdpt mengetahui segalanya yang akan berlaku,tp kita hnyalah manusia biasa yang hanya tahu merancang, yang hnya boleh berusaha..dan kita juga perlu ingat yang menentukan akan segalanya adalah ALLAH S.W.T...kata org,rezeki xkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih...

Pasrah pula adalah sikap atau perbuatan yang lebih kepada putus asa sehingga timbul kecenderungan berserah sepenuhnya pada apa yang akan kita terima tanpa berusaha memperjuangkannya.

Sebagai manusia, kita bebas memilih dari kedua sikap tersebut tapi alangkah baiknya kalau kita melebihkan diri kita kepada sikap berserah diri bukan kepada pasrah.
Teruskan berusaha atas apa yg kita hendak perjuangkan..

Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:

1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tak dimakbulkan, kita telah awal2 lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

sama2 kita renungkan...