Pages


Thursday, December 22, 2011

Kewajipan Menunaikan Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Sisipan dari khutbah yang disampaikan tentang kewajipan menunaikan solat jumaat. (Surah al-Jumuah ayat 9 - 11)



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sama-sama kita renungkan..insyaAllah..wassalam..~

~ Ayah & Mak ~


Terima kasih buat ayah kerana telah mendidik kami selama ini..Terima kasih emak kerana melahirkan kami ke dunia ini. Terima kasih kerana telah menjaga kami,mendidik kami,membesarkan kami dengan penuh kasih sayang..
Ya Allah Ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua orang tuaku, sebagai salah seorang aset meraka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti. Aminn…

Kami sangat sayangkan ayah dan mak..ayah dan emaklah yang terbaik sekali dalam dunia ini..terima kasih ayah..terima kasih mak..

Hargai ayah dan ibu kita selagi mereka masih bersama dengan kita. Ucaplah cinta, kasih dan sayang kita kita pada mereka.. jangan biarkan ucapan itu kejap tersimpan sehingga kelak kita tidak lagi berpeluang untuk melafazkannya.
Tolonglah buang sifat malu dan ego kita terhadap mereka. Kelakuan sahaja tidak memadai untuk menggambarkan kasih dan cinta kita pada mereka. Berjasalah pada mereka selagi mana peluang itu masih ada...insyaAllah..amin~

Sunday, December 18, 2011

Coretan Buat HAWA


Wahai insan yang bergelar "HAWA",
Maafkan aku jika coretan ini tidak menyenangkan hatimu. Sesungguhnya aku adalah ADAM, teman yang temani dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku. Namun begitu Hawa kekasihku, kejadianmu adalah dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi….
Hawa, kau sinar hidupku. Penuh dengan cahaya kebahagiaan.. Namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku. Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan. Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan. Aku dipersalah, tidak mendidikmu.aku dipersalahkan tidak memahamimu. Namun tidakkah kau terfikir wahai hawa, bagaimana buntu kami kerana ingin memikirkan cara untuk membantumu?untuk mendidikmu?segalanya yang aku buat hanyalah untuk kebahagiaan dan kebaikanmu sayang..
Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku ini tak benar,.. marahku padamu kau anggap tidak menyayangi, lalu kau merajuk menjauhkan diri….
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu….Ku tegur dengan penuh lemah lembut, kau tak dengar, kau buat main-main… Aku merajuk, kau cakap aku xmemahami dirimu..maafkan aku sayang,ak sentiasa cuba untuk memahami dirimu..tolonglah daku untuk memahamimu sayang..
Wahai Hawa yang kuhargai….
Bagaimana lagi harus kami lakukan? Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat pada matamu, pabila kami berbuat jahat, cepat saja dicopy and paste….wahai Hawa, cubalah kamu menegur kami di atas kesilapan,kesalahan dan kekurangan kami..sesungguhnya kami amat perlukan teguran membina darimu sayang..sesungguhnya dikau la semangat kami, dikaula nyawa kami, dikau segalanya bagi kami..
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami? Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?

Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami, Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, perasaan marah dan emosi yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan emosi kami untukmu insan yang bergelar hawa. Tidakkah kau terfikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang sedang mengganas dimedan perang, akan jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa…
Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi….
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu…tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai…InsyaAllah, untukmu sayang akan kami usahakan yang terbaik buatmu...INSYAALLAH...Amin..sesungguhnya dirimu sangat2 berharga dalam hidup kami...