Pages


Saturday, April 23, 2011

Kehidupan..

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik, tapi hanya dengan membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka akan menjadi ayng terbaik.. Kebahagiaan terletak kepada sesiapa yang menangis, sesiapa yang terluka, sesiapa yang telah mencari dan sesiapa yang boleh menghargai kepentingan sesama manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang lain tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kita yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis....

No comments:

Post a Comment